Susu Khaulah Amrina

Assalamualaikum..tiba-tiba rasa tak mengantuk pulak..jadi nak sambung cerita tentang mujahidah 313 yang tergendala selama beberapa hari ini.. kali ni, nak cerita tentang susu Khaulah..
Masa Khaulah first lahir,mule-mule takut-takut je nak pegang sebab badan dia lembut..walaupun lahir 3.2kg tapi badan kecik.. ikut mak die la katekan,rendah..hihi.. mase mula-mula nak bagi dia menyusu, rasa kekok sangat  sebab tak biase.. pastu Khaulah dia tak pandai hisap jadi saya halakan je ke dalam mulut dia.. nurse siap ajar lagi cara nak pegang baby masa nak menyusu.. seminggu jugak tinggal kat hospital sebab bacaan kuning Khaulah tinggi..

masa ni, baru keluar hospital.. kelambu ni mami Rina dan daddy Ayie yang bagi..

Tiga hari mengurut, Alhamdulillah susu ada dan Khaulah da pandai hisap. Tapi Khaulah asyik menangis je. Mak saya cakap, susu saya ada tapi mungkin ta k cukup, sebab tu Khaulah tido pun tak lena.. Masa tu, ilmu tentang penyusuan tak da..  pastu pegi check up Khaulah dekat PMC rahman putra, nak mintak advise dari doctor macam mana nak bagi susu banyak. Doctor cakap kurma merah, dengan lobak putih. Tapi kalu makan kurma biasa pun boleh.

mase ni baru 3minggu lebih, abg hilman teringin nak pegang khaulah..

 Jadi lepas tu, terus beli kurma berkotak-kotak. Alhamdulillah lepas makan kurma, susu Alhamdulillah banyak. Sehari saya makan 10 biji kurma. 5 biji pagi, 5 biji lagi malam.Tapi bila naik 6 bulan, saya perasan Khaulah minum macam tak puas sebab setiap kali bagi susu dia mesti akan gigit.. kebetulan masa tu dia da boleh makan, jadi saya bagi dia makan bubur yang sudah dikisar.. Alhamdulillah dia kenyang tapi dia tetap nak menyusu.. saya cek tengok susu saya memang cair..tapi saya tetap bersyukur walaupun cair saya tetap boleh bagi dia minum susu badan.

kurma tangkai ni la yang saya makan, tapi saya beli yang dah dijual dalam kotak..


                                                    umur Khaulah 3 bulan  
             
Bila Khaulah sudah mencecah 7 bulan saya da start bagi susu formula, tapi saya bagi sehari satu botol je sebab saya risau, dia tak dapat kalsium yang cukup.. jadi saya pun cuba bagi dia minum susu kambing irfan. Alhamdulillah dia nak minum, mungkin sebab susu tu sedap.. saya minum pun rasanya sedap.. hihi.. bila da nak masuk umur khaulah 11 bulan susu saya memang da nak kering, sebab Khaulah makin giat gigit bila dia menyusu. Jadi saya buat keputusan siang dia minum susu fomula, malam dia minum susu badan.. sejak minum susu kambing irfan nie ramai yang cakap badan dia naik. Saya tengok pun macam tu jgak.. sejak dia minum susu kambing irfan nie , dia da tak lalu makan sebab susu ni sedap sangat.


susu kambing irfan ni saya beli di kedai Az-zain. Kedai yang menjual produk-produk muslim


Khaulah 7 bulan. Dengan nenek Jah ( mak mertuaku)

Sampai la setahun dua bulan dia sendiri tak nak susu badan saya,mungkin sebab tak puas.. Khaulah nak minum susu kambing irfan je.. Tapi sekarang ni, bila umur khaulah dah setahun 9 bulan, saya tengok bila dia minum susu macam tak puas dia mesti nak mengunyah something. Tapi bila saya bagi dia makan nasi, dia tak nak.. macam -  mcam cara saya lakukan bagi dia nak makan, tapi dia tetap tolak makanan yang saya bagi tu.. yang dia suka makan, kerepek, coklat, cekodok. Kadang – kadang je nak makan nasi, ketiaw n mee.. Khaulah memang sihat, jarang sangat sakit  tapi masalah Khaulah sekarang ni, dia suka gigit benda yang bukan-bukan macam pensil, kopek dinding pastu makan. Tak pun dia gigit kayu. Saya tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Makanan yang dia nak makan sebelum ni dia da tak nak makan.

                     
                                     umur Khaulah 1 tahun 8 bulan

Sekarang ni saya tengah mencari supplement yang boleh naikkan selera makan Khaulah. Saya baru dapat tau salah satu supplement Shaklee boleh naikkan selera makan adalah meal shake.. saya baru nak bagi dia makan. Mudah – mudahan lepas dia makan meal shake ni, dia nak la  makan apa-apa makanan pun.. nanti saya kongsikan cerita bila Khaulah da makan meal shake tu, selera makan dia macam mana ye..tunggu tau…

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments