Resepi Sup Telur Sayur Campur Dengan Ikan Bilis Masak Berlada

Assalamualaikum..  Selamat petang semua.. Semoga hari ni semuanya sihat-sihat belaka.. Hihi.. Alhamdulillah hari nie dapat jugak share dengan korang resepi tengah hari saya hari ini.. Hari nie saya masak dua lauk.. Yang pertama sup telur sayur campur.. dan Ikan bilis berlada.. Sedap sangat.. Simpel tapi sedap..


          

Alhamduillah saya dapat suami yang tak cerewat kalau bab-bab makan.. Apa sahaja lauk yang saya masak mesti habis hubby saya makan.. Syukur sangat-sangat.. Lauk simpel sup telur sayur campur dengan  ikan bilis berlada nie pun hubby cakap sedap sangat.. huhuhu.. Ok jom kita tengok macam mana nak buat dua lauk nie..

Resepi Sup Telur Sayur Campur

1- Telur 3 biji (Optional nak letak berapa biji)
2- bawang besar 1 biji *
3- baang putih 5 ulas *
4- Halia 1 inci *
5- Serai - di ketuk
6- Kentang 2 biji
7- sayur kobis cameron
8- tomato 2 biji
9- karot 1batang / 1/2 batang
10- daun sup
11- sedikit garam
12- 1 kiub ayam (Optional)
* di tumbuk

Cara-cara Membuatnya

1- Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.. Kemudian letak 2 cawan / 3 cawan air.. Jangan letak air banyak - banyak nanti kurang rasa..

2- Kemudian Letak serai, kentang, karot.. Tunggu sehingga kentang dan karot empuk baru letak sayur kobis cameron, sedikit garam dan 1 kiub ayam..

3- Kemudian barulah letak telur.. Pastikan korang jangan kacau, bagi telur tu masak dulu baru la gaul.. Tapi kalau nak gaul jangan kasar-kasar takut telur tu hancur..

3- Kemudian bila da mendidih letakkan tomato dan daun sup.. Da siap..


Sedapnya sup telur sayur campur nie..

Resepi Ikan Bilis Berlada

1- Dua genggam Ikan bilis
2- 2 bji bawang besar
3- Dua biji cili merah

Cara-cara Membuatnya

1- Masukkan sedikit minyak dan gorengkan kan bilis sehingga garing dan letakkan ke tepi
2- Kemudian, goreng bawang besar dengan minyak lebihan ikan bilis tadi.. bila bawang da layu masukkan cili merah.. 
3- Kemudian baru lah masukkan ikan bilis yang sudah di goreng tadi.. Gaul sehingga sebati.. Da siap.. Boleh lah di hidnagkan..


Senangkan nak buat dua lauk nie.. petik jari jer,, cewahhh.. hihi.. OK la nak pergi sambung kerja.. Selamat mencuba.. Assalamualaikum.. ;-)



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments