Kepentingan Asid Folic Kepada Janin Anda

Assalamualaikum.. Hai semua, semoga hari nie sihat-sihat belaka dan semoga semuanya berada dibawah lindungan Allah. Insha Allah, amin.. Hari nie saya nak share dengan korang semua kepentingan asid folik kepada janin bagi ibu yang mengandung..



Korang tau tak, setiap ibu yang merancang untuk hamil mahupun sedang hamil amat digalakkan untuk mengambil asid folik. Kebanyakkan pakar juga menyokong akan kepentingan asid folik kepada ibu hamil bagi memastikan janin yang dikandung sihat. Namun soalnya, adakah korang benar-benar memahami akan kepentingannya?



APA ITU ASID FOLIK?

Asid folic atau kadang kala di sebut sebagai folat ataupun vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel.. Sekiranya wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas. Hal ini di buktikan menerusi kajian yang telah dijalankan pada tahun 1960 dimana para pakr perubatan mengaitkan kekurangan asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folic merupakan satu vitamin di dalam kumpulan B di mana ia boleh didapati di dalam kekacag, sayuran hjau, yis dan ekstrak daging lembu. Dengan pengambilan asid folik, ia dapat membantu wanita yang merancang hamil dan juga wanita yang sedang mengandung mencegah kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) yang terjadi kepada bayi..


Kenapa Kecacatan Boleh Berlaku Jika Tak Ambil Asid Folik?

Ianya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan anda mendapat kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neutral) seperti spina bifida..

Apa itu Spina Bifida?

Spina bifida berlaku apabila  pelindung yang menutupi kordia spina bayi tidak dapat menutup dengan sempurna. Ekoran daripada itu, ia boleh mengundang kepada kerosakan saraf kekal..




KORANG TAU TAK?

1) Bagi wanita yang merancang kehamilan, anda disarankan supaya mengambil asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari.. Kalau ambil lebih korang jangan bimbang sebab asid folik adalah vitamin yang larut air.. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak sesekali disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrient iaitu hati.. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing..


2) Pengambilan seawal 3 bulan merupakan tempoh yang paling tepat dan harus diteruskan sehingga semester kedua..Pengambilan asid folik amat penting pada awal kehamilan.. Hal ini kerana otak dan sistem saraf kandungan pada umur 12 minggu sedang membentuk dengan pesat..


5 Perkara Boleh Dielakkan JIka Ibu Mengandung Konsisten Dalam Pengambilan Asid Folik Pada Tempoh Awal Kehamilan

a) Ia dapat mengelakkan bayi yang dilahirkan mengalami sumbing bibir dan sindron down




b) Satu laporan mendapati bahawa wanita yang hamil yang megambil asid folik dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi ataupun preeclampsia..

c) Wanita yang merancang kehamilan dan mengambil asid folik setahun awal dikatakan dapat megurangkan risiko kelahiran awal atau pra matang..



d) Keguguran
   Asid folik juga dapat mengurangkan risiko keguguran diawal kehamilan..

e)Mengelakkan  perkembangan bayi yang tidak seimbang semasa di dalam kandungan..

Selain dari makan tablet asid folik, korang juga boleh menggantikan dengan makanan folat yang mana khasiatnya adalah hampir sama seperti bayam, kacang bendi, asparagus, hati, emping bran, gandum serta betik.. Oleh demikian, ibu yang mengandung perlu peka dengan pemakanan mereka. Ibu mengandung tidak semestinya makan dalam kuantiti yang banyak. Elakkan makan secara berlebihan kerana ianya mengundang obesiti dan boleh menjejaskan kesihatan ibu yang mengandung.. korang boleh mengatasinya dengan menggandakan makanan sihat di dalam diet pemakanan korang..



Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dna bayi anda.. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh kornag dan bayi korang..berikut adalah makanan yang kaya dengan folat..



Makanan Yang Mengandungi 100-200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
a) bayam, 1 cawan
b) kacang bendi, setengah cawan
c) asparagus, setengah cawan
d) lentl, setengah cawan
e) 11 batang taugeh brussels
f) hati, 1 keping
g) kacang mata hitam, 4 sudu makan
h) emping bran, 7 sudu makan
i)germa gandum, 25g/ 1 aun
j) betik sederhana besar. 

Makanan Yang Mengandungi 50-100 mikrogram
1) brokoli, 2 pucuk
2) buah oren saiz besar
3) nasi putih, setengah cawan
4) oat, setengah cawan
5) kacang merah, setengah cawan
6) jagung saiz besar 1
7) biji bunga matahari, 1 aun

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Korang kena ingat bahawa asid folik dalam makanan akan musah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Try makan sayur - sayuran yang dicelur sebentar atau makan mentah..

Selain dari korang mengambil pemgambilan asid folik dari bahan semulajadi, korang juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan sepeti pengambilan supplement yang mengandungi asid folik.. Macam saya, pregnant yang kedua nie, saya consume makan supplement B Complex Shaklee..(asid folic) Memang sudah terbukti ianya supplement semulajadi dan tanpa kimia..Jadi, saya makannya tanpa ada keraguan dan kerisauan.. Insha Allah..  Yang bestnya dengan B complex Shaklee nie, ianya dapat mengurangkan stress dan bertindak pantas dalam melegakan sakit kepala.. Jadi, kalau saya stress masa pregnant saya telan je 2 biji b complex, Insha Allah lega.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bukak di sini,  B Complex Shaklee..

Ok la sampai sini sahaja saya nak share.. Daa.. Assalamualaikum..

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments